Tarikh : 11 - 13 Januari 2018
Hari : Khamis, Jumaat & Sabtu
Lokasi : Perkarangan Pusat Khidmat Komuniti Bukit Serampang
Peserta : 500 orang

  

Tujuan

Program ini bertujuan mempromosikan PI1M dan Program Dashboard kepada komuniti serta menjalankan kempen berterusan Klik Dengan Bijak (KDB) disamping membuka pendaftaran ahli Pusat Internet 1Malaysia. Program ini turut mempromosi & memfokuskan jualan produk asas tani untuk manfaat penduduk sekitar mukim Bukit Serampang. 

Aktiviti

Para pengunjung menerima bantuan dari Menteri Besar Johor & Adun Bukit Serampang yg merupakan exco pertanian dengan menyediakan buah-buahan kepada pengunjung secara percuma. Jabatan Pertanian juga turut membuat pameran & jualan anak benih pokok. Program ini dijalankan selama tiga hari iaitu hari pertama dihadiri oleh MB johor sendiri untuk merasmikan Bangunan Pusat Komuniti Bukit Serampang & pelancaran produk asas tani. Pada hari berikutnya karnival turut membuat bahan basah seperti ikan, udang dan sayur dengan harga berpatutan. Pihak PI1M turut membuka booth untuk masyarakat lebih mengenali & mempromosi apa yang kami tawarkan. Terdapat juga cabutan bertuah serta pameran motosikal berkuasa tinggi dan pelbagai aktiviti lagi. Karnival ini mungkin akan diadakan pada tahun hadapan untuk dijadikan program tahunan.

Klik Gambar