Felda Maokil merupakan sebuah rancangan felda yang terletak di dalam Mukim Bukit Kepong dalam Daerah Muar. Pekan yang terdekat adalah pekan Labis 18 km dan pekan pekan kecil yang berhampiran adalah pekan Chaah dengan jarak 16km menghala ke utara. Bandar yang terdekat adalah Bandar Segamat iaitu 48 km dan diikuti dengan bandar Muar yang jaraknya lebih kurang 105km. Felda Maokil di bangunkan pada tahun 1982/1983 dengan bermulanya peringkat penanaman ladang kelapa sawit.
Rancangan Felda Maokil 01 dikawal selia dibawah pentadbiran Felda Wilayah Segamat yang di ketuai oleh seorang Pengurus Besar Wilayah. Rancangan ini dibawah kawasan P143- Parlimen Pagoh dan didalam kawasan Dewan Undangan Negeri N07- DUN Bukit Kepong.
Ahli Parlimen Pagoh P 143 :
- Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin Bin Md Yasin
Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Bukit Kepong N07 :
- Yang Berhormat Dato' Dr. Haji Sahruddin bin Haji Jamal
Profil Felda Maokil
Nama Pengurus : En Ibrahim bin Daud
Alamat : Pejabat Felda Maokil Satu,85300 Labis, Johor.
No.Tel/Fax : 07-9191600
Jarak Rancangan Dari Labis : 25 Km
Luas Keliling : 1,579.2667 Hektar
Jumlah Peneroka : 349 Peneroka
Jumlah keseluruhan : 5025 orang
Petugas Felda Maokil Satu : 11 Orang
Populasi Penduduk
KATEGORI |
JUMLAH |
Bawah 6 tahun |
336 |
6 – 12 tahun |
226 |
13 – 17 tahun |
1447 |
18 – 40 tahun |
2317 |
40 ke atas |
699 |
JUMLAH |
5025 |
Sumber Pendapatan Penduduk
1- Hasil utama adalah Hasil Tuaian Kelapa sawit.
2- Hasil tanaman sampingan:
- Tanaman jagung.
- Tanaman sayur-sayuran.
- Penternakan lembu, kambing, ayam dan ikan.
3- Perusahaan Industri Kecil Sederhana:
- Kerepak.
- Kek.
- Kuih Muih.
4- Perniagaan Sampingan:
- Peruncitan.
- Kedai Makan.
- Penjaja dan peniaga ikan dan sayur.
5- Pembinaan rumah dan bangunan.
6- Perkhimatan seperti perguruan, andaman, jahitan dan bengkel.
7- Pekerja kilang kelapa sawit.