KEMUDAHAN ASAS

Kemudahan asas yang ada di Felda Maokil 01 ini adalah seperti bekalan air bersih, bekalan tenaga elektrik dan juga sistem komunikasi. Semua kemudahan ini diperolehi warga felda dan  memenuhi keperluan tanpa ada masalah walaupun umum menganggap perkampungan felda agak jauh di pedalaman. Sementara itu, beberapa kemudahan awam turut disediakan sama ada oleh pihak pengurusan Felda atau agensi-agensi kerajaan yang lain mahupun swasta. Antaranya, surau, balai raya, masjid, dewa serbaguna, sekolah, padang permainan dan padang bola. Selain itu juga felda ini juga di dedahkan dengan teknologi terkini iaitu penggunaan internet di Pusat Ekonomi Digital (PEDi). Penduduk dan para usahawan juga boleh menyertai kelas-kelas usahawan dan ICT yang diadakan di PEDi.

Selain itu, kemudahan jalan raya yang berturap menghubungkan Felda ini bukan sahaja ke kampung-kampung sekitar tetapi juga ke bandar-bandar. Kewujudan jalan raya yang baik membolehkan kegiatan perniagaan, perhubungan dan lain-lain menjadi lebih lancar. Kemudahan bas awam 'Yow Hoe' dari Labis ke Bandar Segamat boleh diperolehi setiap hari dari jam 6.00 pagi hingga jam 6.00 petang, di samping perkhidmatan teksi atau kereta sewa. Antara senarai kemudahan penduduk setempat yang ada di Felda Maokil adalah seperti berikut :  

 

    

      • Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
      • Sekolah Kebangsaan
      • Bangunan Masjid Gugusan Maokil
      • Kedai D'mart
      • Pondok Polis
      • Pejabat Belia
      • Klinik Desa
      • Bangunan Dewan Serbaguna
      • Perumahan Kilang Sawit
      • Pusat PDK
      • Pejabat Felda
      • Stesen Minyak Petronas
      • Pusat Internet Desa
      • Tabika KEMAS
      • Tanah Perkuburan
      • Jalan Berturap Tar
      • Sekolah Menengah Kebangsaan
      • Sekolah Agama
      • Bangunan Awam(GPW/JKKR/BELIA)
      • Premis Perniagaan
      • Gelanggang Futsal & Takraw
      • Padang Bola A & B
      • Gelanggang Futsal
      • Kuarters Perumahan Guru
      • Tempat Rekreasi
      • Taman Permainan
      • Bengkel Kenderaan
      • Bazar Ramadhan