PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

FELDA MAOKIL 1

           

                         

 

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Maokil 01, Segamat, Johor, mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman  portal komuniti kami. NADI merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat dan berperanan membantu para usahawan untuk mendigitalkan perniagaan dalam talian dan seterusnya menjana pendapatan. Sebanyak 12 NADI untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2 dan 31 pusat untuk  Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat agar NADI dapat merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.

Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap NADI  diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan, di mana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.

Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan Pusat Internet sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :

  • e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government).
  • e-Pembelajaran (e-Learning).
  • Pengumpulan dan pertukaran maklumat.
  • Pusat Komunikasi.
  • Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian. Pusat peperiksaan dan persijilan.
  • Pusat Sehenti (one stop centre) dengan penggunaan aplikasi Dashboard yg boleh didapati di playstore.

       Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti ini ditubuhkan bagi membuka ruang kepada komuniti luar bandar untuk mempelajari segala bentuk ilmu yang berkaitan dengan IT dan penggunaan komputer dengan objektif program menyediakan perkhidmatan infrastruktur komunikasi dan kemudahan capaian internet bagi merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan komuniti di bandar. Selain perana yang dimainkan oleh Perpustakan Desa sebagai pusat rujukan buku-buku ilmiah dan majalah, Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti dilengkapi kemudahan dan kelengkapan seperti beberapa buah komputer, mesin pencetak(printer), mesin pengimbasan(scanner) dan kemudahan internet percuma. Segala kemudahan ini disediakan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Telekom Malaysia Berhad di bawah penyeliaan MSD Intelligence Sdn Bhd.