Felda Maokil

                                                                  

Felda Maokil di namakan sempena sebuah gunung Maokil. Gunung ini boleh dilihat dengan jelas dari Lebuhraya Utara-Selatan. Jika dari arah utara selepas R&R Pagoh dan jika dari selatan selepas susur keluar ke Yong Peng arah ke Pagoh. Gunung setinggi 1986 kaki ini tidak berapa popular kepada pendaki kerana untuk masuk ke kaki gunung adalah jauh. Pendaki perlu masuk ke Pekan Seri Medan, Batu Pahat kemudian melalui jalan kampung yang kecil terus ke Kampung Parit Jayous 4,dari situ masuk lagi melalui jalan kebun kelapa sawit terus sampai ke Lebuhraya. Hutan Simpan Gunung Maokil merupakan hutan simpan kekal yang merentang dari Labis hingga ke Pagoh.

Info Gunung 

  • Nama : Ma’okil.
  • Ketinggian : 590m.
  • Koordinat : N 2.06.665, E 102.54.262.
  • Ketinggian : 1986 kaki