Takah Pengkoi Bekok terletak di Daerah Segamat Johor. Lokasinya terletak dalam perkampungan orang asli di Kampung Kudong. Dimilki secara persendirian oleh tok batin. Menjadi tarikah orang ramai kerana boleh mendirikan khemah bersebelahan air terjun. Takah Pengkoi juga menyediakan penginapan chalet bagi sesiapa yang berminat. Persekitaran yang bersih dan nyaman menjadikan para pelancong memilih Takah Pengkoi sebagai tempat perlancongan. 

Harga :

Camping RM40 per pax / night

Challet RM 70 per pax / night

Mandi sahaja RM 15 pax Pax

Untuk sebarang tempahan/ pertanyaan hubungi : 011-10600927 / 019-6599316(Rossijah)

Menyediakan sajian makanan yang lazat kepada para pelanggan dan menjual madu asli dan kelulut. Antara menu istimewa yang disediakan adalah Shellout, masakan ala thai dan seafood. Buka setiap hari kecuali hari Rabu bermula jam 4.00 petang hingga 1 pagi. Bertempat di Taman Lagenda Labis Johor.

Alamat:

Taman Lagenda Labis

No. Telefon:

0163499161

 

Neverland Extreme & Training Park ditubuhkan oleh En Shokree Shah bertempat di Kangkar, Chaah. Menyediakan perkhidmatan menyewa ATV berkuasa tinggi dan memanah kepada semua peringkat umur. Menjadi pilihan kepada individu yang suka akan aktiviti lasak dan sukakan cabaran. Juga menawarkan aktiviti memanah dengan harga yang berpatutan. Bayaran sewaan ATV adalah RM50 sejam manakala bayaran mengikut pusingan adalah RM10 bagi empat pusingan. Bagi aktiviti memanah pula, bayaran yang dikenakan RM5 bagi tujuh busar.

Waktu operasi:

Selasa – Ahad ( Tutup setiap Isnin)

Selasa – khamis, Ahad (2.00pm – 10.00 pm)

Jumaat ( 3.00pm – 10.00pm )

Sabtu ( 8.00am – 10.00pm)

 

Alamat penuh:

Neverland Extreme & Training Park
PTD 4847, Jalan Chaah - Yong Peng
85400 Chaah, Johor

Air terjun Taka Melor terbuka untuk semua tanpa dikenakan sebarang bayaran dan sesuai dijadikan tapak perkhemahan. Di samping itu, pengunjung akan dapat menikmati berkelah, berenang dan aktiviti rekreasi.

 

Alamat:

85300 Labis, Johor, Malaysia

No Telefon:

07-9312 141

 

Hutan Lipur Sungai Bantang Air Terjun Bekok

                     

                        

Bekok adalah sebuah pekan yang terletak di bahagian timur SegamatJohor. Bekok dikenali terutamanya kepada para Pencinta Alam kerana Bekok juga merupakan pintu masuk sebelah barat ke Taman Negara Endau-Rompin. Air terjun yang segar terdapat di sini dikenali sebagai Air Terjun Sungai Bantang. Selain terkenal dengan air terjun dan sebagai pintu masuk ke Taman Negara, Bekok juga mempunyai perkampungan orang asli seperti juga Pekan Air Panas.

Hutan lipur ini mula ditubuhkan pada tahun 1989 dan dimajukan dengan pesatnya pada tahun 1990. Kawasan ini terletak di dalam Hutan Simpan Labis dan berada di Kompartmen 17 seluas 210.93ha dan Kompartmen 18 seluas 156.28ha. Jarak antara Air terjun Sungai Bantang dengan bandar Segamat iaitu lebih kurang 64 km. dan 8 km dari Pekan Bekok. Tema "Destinasi Rekreasi Luar Anda" telah di perkenalkan oleh Jabatan Hutan Daerah Segamat bagi tujuan perkhemahan dan perkelahan.

                          

                                                                    

Kawasan ini mempunyai keunikan alam semulajadinya yang tersendiri. Kegemersikan alunan percikan air yang jernih. Kemerduan nyanyian Sang Ungas. Keindahan yang membawa ketenangan dan kedamaian kepada sesiapa yang berkunjung ke sini pastinya meninggalkan memori yang indah.

 

                         Kolam Rekreasi Air Panas Labis                                          

                                                   

                                                                                              

Pekan Air Panas adalah sebuah pekan kecil dalam daerah Segamat. Pekan ini terkenal dan mendapat nama sempena "air panas" yang terdapat di sini. Terletak kira-kira 14 kilometer dari Pekan Labis melalui jalan raya persekutuan. Pekan ini juga dikenali sebagai Tenang.

                                                                                                                

Penduduk berbilang bangsa iaitu sebilangan kaum Cina mejalankan perniagaan di pekan kecil Pekan Air Panas dan juga komuniti masyarakat Melayu dan Orang Asli mendiami sebahagian Besar Kampung-kampung berhampiran. Selain daripada itu juga di sini terdapat beberapa perkampungan orang asli seperti Bekok, serta Empangan Juaseh dan juga di pekan ini terdapat dusun buah mata kucing yang banyak.                  

Dari segi kemudahan infrastruktur, terdapat beberapa kemudahan dan infrastruktur yang disediakan seperti kolam mandi, taman permainan, wakaf, surau, tempat meletak kenderaan, kiosk @ gerai jualan dan sebagainya.

 

 

Labis Sunrise Farm  

 

LOT 3091, JLN SEGAMAT, MUKIM LABIS , 85300 , SEGAMAT , JOHOR, 85300 Segamat

 

  

   

 

Sub-kategori