Neverland Extreme & Training Park ditubuhkan oleh En Shokree Shah bertempat di Kangkar, Chaah. Menyediakan perkhidmatan menyewa ATV berkuasa tinggi dan memanah kepada semua peringkat umur. Menjadi pilihan kepada individu yang suka akan aktiviti lasak dan sukakan cabaran. Juga menawarkan aktiviti memanah dengan harga yang berpatutan. Bayaran sewaan ATV adalah RM50 sejam manakala bayaran mengikut pusingan adalah RM10 bagi empat pusingan. Bagi aktiviti memanah pula, bayaran yang dikenakan RM5 bagi tujuh busar.

Waktu operasi:

Selasa – Ahad ( Tutup setiap Isnin)

Selasa – khamis, Ahad (2.00pm – 10.00 pm)

Jumaat ( 3.00pm – 10.00pm )

Sabtu ( 8.00am – 10.00pm)

 

Alamat penuh:

Neverland Extreme & Training Park
PTD 4847, Jalan Chaah - Yong Peng
85400 Chaah, Johor