Hutan Lipur Sungai Bantang Air Terjun Bekok

                     

                        

Bekok adalah sebuah pekan yang terletak di bahagian timur SegamatJohor. Bekok dikenali terutamanya kepada para Pencinta Alam kerana Bekok juga merupakan pintu masuk sebelah barat ke Taman Negara Endau-Rompin. Air terjun yang segar terdapat di sini dikenali sebagai Air Terjun Sungai Bantang. Selain terkenal dengan air terjun dan sebagai pintu masuk ke Taman Negara, Bekok juga mempunyai perkampungan orang asli seperti juga Pekan Air Panas.

Hutan lipur ini mula ditubuhkan pada tahun 1989 dan dimajukan dengan pesatnya pada tahun 1990. Kawasan ini terletak di dalam Hutan Simpan Labis dan berada di Kompartmen 17 seluas 210.93ha dan Kompartmen 18 seluas 156.28ha. Jarak antara Air terjun Sungai Bantang dengan bandar Segamat iaitu lebih kurang 64 km. dan 8 km dari Pekan Bekok. Tema "Destinasi Rekreasi Luar Anda" telah di perkenalkan oleh Jabatan Hutan Daerah Segamat bagi tujuan perkhemahan dan perkelahan.

                          

                                                                    

Kawasan ini mempunyai keunikan alam semulajadinya yang tersendiri. Kegemersikan alunan percikan air yang jernih. Kemerduan nyanyian Sang Ungas. Keindahan yang membawa ketenangan dan kedamaian kepada sesiapa yang berkunjung ke sini pastinya meninggalkan memori yang indah.

 

                         Kolam Rekreasi Air Panas Labis                                          

                                                   

                                                                                              

Pekan Air Panas adalah sebuah pekan kecil dalam daerah Segamat. Pekan ini terkenal dan mendapat nama sempena "air panas" yang terdapat di sini. Terletak kira-kira 14 kilometer dari Pekan Labis melalui jalan raya persekutuan. Pekan ini juga dikenali sebagai Tenang.

                                                                                                                

Penduduk berbilang bangsa iaitu sebilangan kaum Cina mejalankan perniagaan di pekan kecil Pekan Air Panas dan juga komuniti masyarakat Melayu dan Orang Asli mendiami sebahagian Besar Kampung-kampung berhampiran. Selain daripada itu juga di sini terdapat beberapa perkampungan orang asli seperti Bekok, serta Empangan Juaseh dan juga di pekan ini terdapat dusun buah mata kucing yang banyak.                  

Dari segi kemudahan infrastruktur, terdapat beberapa kemudahan dan infrastruktur yang disediakan seperti kolam mandi, taman permainan, wakaf, surau, tempat meletak kenderaan, kiosk @ gerai jualan dan sebagainya.

 

 

Labis Sunrise Farm  

 

LOT 3091, JLN SEGAMAT, MUKIM LABIS , 85300 , SEGAMAT , JOHOR, 85300 Segamat