Pendidikan adalah jalan keluar dari kepompong kemiskinan. Melalui ketinggian ilmu, manusia akan lebih dihormati. Malah, sesebuah negara itu akan maju jika ramai rakyatnya mempunyai pendidikan yang tinggi. Memandangkan ilmu merupakan faktor terpenting bagi mengukur kejayaan, pihak felda memberi penekanan penting terhadap penguasaan akademik sejak anak-anak peneroka diperingkat Tadika lagi. Anak-anak Felda dapat bersekolah di Tadika Kemas Felda Maokil yang dapat menampung sehingga 100 orang murid dalam satu masa.

                                                          

Di peringkat rendah, anak-anak peneroka bersekolah di Sekolah Rendah Felda Maokil 1 dan ada yang bersekolah di Sekolah Rendah Felda Maokil 2 yang terletak dalam kawasan Felda. Sekolah rendah dan juga sekolah menegah mempunyai satu sesi persekolahan sahaja. Pada waktu petang pula, anak-anak felda akan menyambung persekolahan mereka di Sekolah Agama Felda Maokil 1 dan juga Sekolah Agama Felda Maokil 2. Sekolah ini mempunyai 2 sesi iaitu dari pukul 2.00 hingga 3.30 petang untuk Darjah 1 hingga 3. Manakala sesi pembelajaran murid Darjah 4 hingga 6 pula akan bermula pada pukul 3.30 hingga 6.30 petang. 

 

  1.   Sekolah Agama Felda Maokil 1 & 2.
  2.   Sekolah Kebangsaan LKTP Maokil 2.
  3.   Sekolah Kebangsaan LKTP Maokil 1.
  4.   Sekolah Menengah Kebangsaan (LKTP) Maokil.                                                 

 

   

      

Dalam pada itu, atas keprihatinan Felda, Skim Tuisyen Felda (STF) diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu. Melalui skim ini, anak-anak peneroka Felda diberikan kelas tuisyen secara percuma dengan kerjasama sekolah-sekolah berkenaan. Pihak pengurusan Felda memperuntukkan sejumlah 20 juta untuk melaksanakan STF di seluruh kawasan felda seluruh negara.

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Maokil  

Sekolah Kebangsaan Felda Maokil 1

Sekolah Kebangsaan Felda Maokil 2

Sekolah Agama Felda Maokil 2

Sekolah Agama Felda Maokil 1