Tarikh : 24 MEI 2024
Hari : Jumaat
Lokasi : NADI Felda Maokil 1
Peserta : 20 Orang

 

  • Tujuan

Memperkenalkan Pusat Sebaran Malumat Nasional (NADI) kepada penduduk sekitar. Memperkenalkan pembelajaran STEM untuk mendorong kanak-kanak berfikir secara kreatif serta mengembangkan potensi berfikir dalam menyelesaikan masalah. Memberi peluang kepada kanak-kanak berumur 7 hingga 9 tahun untuk mencari penyelesaian menggunakan pemikiran logik dan kreatif.

  • Aktiviti

  • Para peserta dikehendaki menggunting, mewarna dan melekatkan serta memasang peralatan yang disediakan mengikut arahan yang diberikan. Selain itu, mereka berpeluangkan mengeluarkan kreaticiti masing-masing dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Disamping itu, aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat merangsang minda serta meluangkan masa mereka dengan perkara berfaedah dan pengetahuan yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam tugasan seharian.

 

  • Aktiviti Blooming Flower : Peserta dikehendaki mewarna bunga yang diberikan dan gunting mengikut bentuk bunga tersebut. Setelah itu, bunga tersebut dilipat ke arah ke dalam mengikut arahan yang diberikan. Secara berkumpulan, peserta meletakkan bunga-bunga tersebut ke atas permukaan air. Air yang diserap oleh fiber kertas bunga tersebut akan menyebabkan lipatan terbuka dan bunga mekar.

    Aktiviti Rocket Climbing : Peserta dikehendaki mewarna gambar roket yang diberikan dan gunting mengikut bentuk roket tersebut. Kemudian straw dilekatkan di bahagian belakang roket tersebut. Tali dimasukkan dan peserta dikehendaki menggerakkan roket tersebut ke atas dengan cara menggerakkan tali tersebut.

    Aktiviti Walking Horse : Peserta dikehendaki menggunting mengikut arahan yang diberikan. Selain itu, peserta juga boleh mewarnakan haiwan yang mereka inginkan di kertas tersebut. Kemudian kertas dilipat mengikut arahan. Hasil dari lipatan kertas dan potongan yang betul, kuda akan bergerak sendiri di permukaan condong seolah-olah berjalan. Aktiviti ini memerlukan tindak balas antara graviti dan kestabilan.

Klik Gambar