Kerjasama antara Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya mengajak orang ramai untuk menyertai  

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK mengenai Amalan Cara Hidup Sihat Dalam Kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) di peringkat Kebangsaan 2018. Tema video adalah JOM AMALKAN CARA HIDUP SIHAT!

Mesej video berdasarkan 5 skop amalan cara hidup sihat.

  1. 1. Aktiviti Fizikal
  2. 2. Makan secara sihat
  3. 3. Tidak merokok
  4. 4. Bijak menangani stress
  5. 5. Sihat tanpa alcohol

Sila hantarkan penyertaan lengkap ke emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 1 September 2018.

       

Felda Maokil merupakan sebuah rancangan felda yang terletak di dalam Mukim Bukit Kepong dalam Daerah Muar. Pekan yang terdekat adalah pekan Labis 18 km dan pekan pekan kecil yang berhampiran adalah pekan Chaah dengan jarak 16km menghala ke utara. Bandar yang terdekat adalah Bandar Segamat iaitu 48 km dan diikuti dengan bandar Muar yang jaraknya lebih kurang 105km. Felda Maokil di bangunkan pada tahun 1982/1983 dengan bermulanya peringkat penanaman ladang kelapa sawit.

Rancangan Felda Maokil 01 dikawal selia dibawah pentadbiran Felda Wilayah Segamat yang di ketuai oleh seorang Pengurus Besar Wilayah.  Rancangan ini dibawah kawasan P143- Parlimen Pagoh dan didalam kawasan Dewan Undangan Negeri N07- DUN Bukit Kepong.

 

                                

                Ahli Parlimen Pagoh P 143 :

                      -  Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin Bin Md Yasin

                            

                              

                Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Bukit Kepong N07 :

                      -   Yang Berhormat Dato' Dr. Haji Sahruddin bin Haji Jamal