Tarikh : 27 Januari 2018
Hari : Sabtu
Lokasi : Perkarangan Masjid Jamek Parit Kadhi, Muar
Peserta : 200 orang

 

Tujuan

Tujuan program untuk menyampaikan kepada komuniti tentang bahayanya berita palsu yg banyak tersebar meluas melalui media sosial pada masa kini. Kempen ini memberi kesedaran kepada rakyat untuk menyemak dulu kesahihan sesuatu berita sebelum menyebarkan. Program ini bertujuan mempromosikan PI1M dan Program Dashboard kepada komuniti serta menjalankan kempen berterusan Klik Dengan Bijak (KDB) disamping membuka pendaftaran ahli Pusat Internet 1Malaysia. 

Aktiviti

Program ini bermula dari sebelah petang dengan menyediakan acara mewarna oleh pelajar sekolah tadika, turut dibuka pelbagai booth oleh pelbagai agensi termasuk dari pihak mcmc. Di setiap menyediakan jualan & pelbagai permainan interaktif untuk para hadirin termasuk menyampaikan tentang kempen keburukan menyebarkan berita palsu. Pihak Pusat Internet 1Malaysia turut membantu menjayakan program dengan menjaga booth MCMC & meja pendaftaran yg turut menyediakan nombor cabutan bertuah. Pada sebelah malam aktiviti diteruskan dengan forum perdana yg bertajuk 'BERITA PALSU MUSUH NEGARA' yg dirasmikan oleh Yb Dato' Razali ibrahim merupakan Ahli Parlimen Muar. Ceramah disampaikan oleh penceramah jemputan terkenal. Program berakhir pada pukul 11.30 malam.

Klik Gambar