Tarikh : 10 Ogos 2023
Hari : Khamis
Lokasi : PEDi Felda Maokil 1
Peserta : 10 Orang

 

  • Tujuan

Memperkenalkan penggunaan peralatan ICT dan internet kepada kanak-kanak sekolah rendah untuk menjana minda kreatif dan mempelbagaikan kaedah pembelajaran di samping melahirkan generasi celik IT. Selain itu, mempromosikan PEDi kepada penduduk sekitar serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan di PEDi dari semasa ke semasa.

  • Aktiviti

  • Para peserta dikehendaki mewarna menggunakan aplikasi atas talian dan mengikut arahan berdasarkan gambar yang diberikan. Selain itu, para peserta juga diperkenalkan dengan peralatan ICT seperti komputer, tetikus, papan kekunci dan cara yang betul menggunakannya. Mereka juga berpeluang mengeluarkan dan menggunakan kreativiti masing-masing dalam menyiapkan tugasan yang deberikan.
  • Untuk kelas ICT pula peserta dikehendaki melengkapkan teka silangkata atas talian. Oleh itu, aktiviti-aktiviti dapat merangsang minda selain daripada dapat memahirkan kemahiran komputer para peserta sejak dari kecil. Mereka juga akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang deperoleh ketika kelas ini pada masa akan datang dan belajar menggunakan kemahiran yang diperoleh dengan cara yang beretika.

Klik Gambar