Felda Maokil mempunyai Pondok Polis dan juga RELA dalam memantau keselamatan penduduk setempat. Jika ada sebarang masalah yang berkaitan dengan jenayah boleh di laporkan di pondok polis ini sebelum melaporkannya kepada Balai Polis Lenga. Pondok polis ini terletak berhampiran kawasan perumahan kilang sawit.

 

                             

 

                                                           Pondok Polis Felda Maokil

 

Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) pula ditubuhkan untuk membantu menjaga keselamatan dan keharmonian penduduk setempat. Di Felda Maokil, terdapat beberapa buah pondok yang didirikan untuk anggota-anggota RELA berkawal dan meninjau kegiatan jenayah yang mampu memberikan ancaman kepada keselamatan penduduk. 

 

         Anggota-anggota RELA ini akan berkawal dan membuat rondaan di kawasan sekitar pada waktu malam. Mereka juga turut berganding bahu dengan pihak berkuasa melakukan rondaan, sekatan jalan dan sebagainya. Selain itu, penduduk setempat turut membuat rondaan dari satu rumah ke rumah yang lain mengikut blok masing-masing secara bergilir-gilir mengikut jadual yang dipersetujui. Penduduk setempat juga turut melakukan inisiatif mewujukan sukarelawan rondaan (SRS) yang diwakili oleh setiap blok untuk membantu keberkesanan pelaksaan rondaan bagi mengelak sebarang kes kecurian serta perkara yang tidak diingini.