Bagi perkhidmatan kesihatan, penduduk Felda Maokil 1 boleh menikmati kemudahan kesihatan melalui Klinik Desa Kampung Felda Maokil yang terletak berhampiran pejabat felda dan D'mart di jalan utama. Jururawat Masyarakat adalah antara kakitangan yang bertugas, terutamanya berkaitan rawatan kepada ibu mengandung dan kanak-kanak. Klinik juga memberikan perkhidmatan pesakit luar, program perancangan keluarga untuk pasangan suami isteri serta pendidikan pemakanan dan juga kesihatan. 

Tambahan itu, perkhidmatan Klinik Warga Sihat pula mengadakan saringan untuk mengesan risiko penyakit kronik seperti diabetis dan darah tinggi kepada semua penduduk. Waktu operasi Klinik Desa Felda Maokil bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari bekerja. Antara perkhidmatan yang di tawarkan : 

 

    • -Pemeriksaan bagi ibu mengandung.
    • -Pemeriksaan Untuk darah tinggi.
    • -Pemeriksaan Darah Tinggi.
    • -Pemeriksaan untuk Bayi yang baru di lahirkan.
    • -Pemeriksaan Kesihatan.