GABUNGAN PERGERAKAN WANITA (GPW)


Selain belia, kaum wanita juga tidak kurang hebatnya. Di Felda Maokil, terdapat sebuah persatuan wanita yang begitu aktif iaitu Gabungan Persatuan Wanita (GPW) yang mengumpulkan isteri-isteri peneroka yang tidak bekerja. Walaupun kebanyakan daripada isteri peneroka adalah warga tua, kesedaran yang ditunjukkan dapat dilihat melalui kesungguhan mereka. Ahli-ahli GPW akan berkumpul di balai raya untuk bermesyuarat setiap bulan sebelum menjalankan aktiviti yang telah dirancang.

Fungsi penubuhan persatuan ini antaranya memberi khidmat nasihat kepada ahli yang ingin menceburkan diri dalam bidang tertentu seperti perniagaan, penghasilan kraftangan dan lain-lain. GPW juga berfungsi sebagai pengantara untuk memberi info atau maklumat kepada penerokawati mengikut pecahan blok yang telah di tetapkan. Ini memudahkan untuk pihak felda menyebarkan sebarang maklumat atau info terbaru mengenai segala aktiviti yang hendak di lakukan. Ia adalah tulang belakang JKKK. Hal ini kerana terdapat pelbagai aktiviti yang telah disertai oleh mereka seperti : 

 

a) Kegiatan Kemasyarakatan                                             

  • Pertandingan Masakan.
  • Aktiviti gotong- royong antara blok dan tempat- tempat awam.

 

b) Kegiatan keagamaan

  • Kelas Fardhu Ain/Feqah.
  • Kelas Keluarga SAKINAH.
  • Mengadakan program yassin GPW dan blok setiap  bulan.
  • Marhaban dan Berzanji.
  • Solat berjemaah (tiap malam Jumaat).

 

c) Kegiatan Sosial/ Kebudayaan

  • Belajar membuat sulaman tangan dan juga kraf tangan bersama Program Pembangunan Wanita
  • Bersukan (J-robik \ poco-poco)

 

d) Kegiatan Keusahawanan

  • Jahitan, kelas masakan.
  • Membuat tauhu, tempe, kerepek dan juga air soya.
  • Tanaman cili

 

Carta Organisasi GPW Felda Maokil 1

 

BIL.

NAMA

JAWATAN

1.

Maimunah Binti Wagiman

PENGERUSI

2.

Siti Mashirah Binti Ismail

NAIB PENGERUSI

3.

Nor Hasedah Binti Dahlan

SETIAUSAHA

4.

Jamaliah Binti Amat Shariff

BENDAHARI

5.

Juwaliah Binti Abu Yamin

BIRO AGAMA

6.

Salbiah Binti Nawi

BIRO KOMUNITI

7.

Noidah Binti Mohamad

BIRO EKONOMI

8.

Kamisah Binti Basiron

BIRO PENDIDIKAN

9.

Jama’ah Binti Sarimin

AJK

10.

Wagimah Binti Sarbini

AJK

11.

Parni Binti Waris

AJK

12.

Rupieh Binti Haji Ali

AJK

13.

Marpuah Binti Sinu

AJK

14.

Saimah Binti Mohayat

AJK

15.

Sadiah Binti Jamhari

AJK

16.

Rope’ah Binti Amdan

AJK