Tarikh : 02 Januari  2020
Hari : Ahad
Lokasi : Dewan Komuniti Felda Maokil 
Peserta : 50 Orang

 

Tujuan  

                      • Meningkatkan jumlah muat turun Aplikasi Dashboard Komuniti kepada komuniti Felda Maokil dan menyampaikan program Klik Dengan Bijak kepada semua komuniti.

 

Aktiviti

  • Hari peneroka Felda Maokil 1 melibatkan semua peneroka dan penerokawati Felda Maokil 1. Program dimulakan dengan pertandingan memasak kari daging pada waktu pagi sehingga tengahari. Sambil memasak terdapat juga aktiviti sukaneka untuk peneroka dan anak-anak peneroka. Program Hari peneroka ini berlangsung sehingga malam dengan berlangsungnya pelabagai aktiviti beserta pengisian rohani dan jasmani.

 

Klik Gambar

Tarikh : 25 Disember  2019
Hari : Rabu
Lokasi : Jalan Utama Felda Maokil
Peserta : 200 Orang

 

Tujuan  

                      • Meningkatkan jumlah muat turun Aplikasi Dashboard Komuniti dan menjalankan aktiviti My Health kepada komuniti Felda Maokil.Program seperti ini juga dapat melahirkan komuniti yang cergas dan sihat.

 

Aktiviti

  • Larian ini bermula seawal 7 pagi dan disertai oleh komuniti dalam dan luar Felda Maokil. Larian ini jugak banyak menarik minat anak-anak peneroka Felda Maokil untuk disertai sebagai aktiviti mereka pulang ke kampung halaman. Larian sejauh 5km sepanjang jalan utama Felda Maokil.

 

Klik Gambar

Tarikh : 18 November  2019
Hari : Isnin
Lokasi : PI Felda Maokil 1
Peserta : 12 Orang

 

Tujuan  

                  • Memperkenal dan mempromosikan Program Dashboard Pusat Internet serta kempen berterusan Klik Dengan Bijak (KDB) disamping kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di PI selain pengambilan ahli PI yang baru disamping memberi pengenalan tentang kebaikan produk Artistry. Juga memberi peluang kepada peserta untuk belajar cara make up yang betul oleh Pn Julaiha Kasim iaitu usahawan PI dan MUA yang terkenal dalam kalangan komuniti Felda Maokil.

 

Aktiviti

  • Kelas berlangsung selama 4 jam dari pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Para peserta diberi pendedahan cara menjaga kulit muka menggunakan produk Artistry. Pemeriksaan kesihatan kulit juga disediakan untuk peserta. 

 

Klik Gambar

Tarikh : 07 Disember  2019
Hari : Sabtu
Lokasi : Noreen Bakery Felda Maokil
Peserta : 15 Orang

 

Tujuan  

                    • Program ini bertujuan mempromosikan PI dan Program Dashboard kepada komuniti serta menjalankan kempen berterusan Klik Dengan Bijak (KDB) disamping melahirkan lebih ramai usahawan PI dalam kalangan komuniti Felda Maokil.

Aktiviti

  • Kelas berlangsung dari pukul 3 petang hingga 6 petang. Para peserta diberi tutorial membuat roti dan bomboloni serta diberi peluang menghasilkan sendiri roti dan bomboloni. Peserta yang mengikuti kelas ini terdiri dari komuniti Felda Maokil dan luar Felda Maokil. 

 

Klik Gambar

Tarikh : 16 November  2019
Hari : Sabtu
Lokasi : PI Felda Maokil 1
Peserta : 10 Orang

 

Tujuan  

                  • Memperkenal dan mempromosikan Program Dashboard Pusat Internet serta kempen berterusan Klik Dengan Bijak (KDB) disamping kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di PI selain pengambilan ahli PI yang baru disamping belajar cara menghasilkan bomboloni dan donat topping yang lembut dan lazat.

 

Aktiviti

  • Kelas berlangsung selama 4 jam dari pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Para peserta diberi tutorial dan bersama-sama bomboloni dan donat topping .

 

Klik Gambar