Tarikh : 24 MEI 2024
Hari : Jumaat
Lokasi : NADI Felda Maokil 1
Peserta : 20 Orang

 

  • Tujuan

Memperkenalkan Pusat Sebaran Malumat Nasional (NADI) kepada penduduk sekitar. Memperkenalkan pembelajaran STEM untuk mendorong kanak-kanak berfikir secara kreatif serta mengembangkan potensi berfikir dalam menyelesaikan masalah. Memberi peluang kepada kanak-kanak berumur 7 hingga 9 tahun untuk mencari penyelesaian menggunakan pemikiran logik dan kreatif.

  • Aktiviti

  • Para peserta dikehendaki menggunting, mewarna dan melekatkan serta memasang peralatan yang disediakan mengikut arahan yang diberikan. Selain itu, mereka berpeluangkan mengeluarkan kreaticiti masing-masing dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Disamping itu, aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat merangsang minda serta meluangkan masa mereka dengan perkara berfaedah dan pengetahuan yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam tugasan seharian.

 

  • Aktiviti Blooming Flower : Peserta dikehendaki mewarna bunga yang diberikan dan gunting mengikut bentuk bunga tersebut. Setelah itu, bunga tersebut dilipat ke arah ke dalam mengikut arahan yang diberikan. Secara berkumpulan, peserta meletakkan bunga-bunga tersebut ke atas permukaan air. Air yang diserap oleh fiber kertas bunga tersebut akan menyebabkan lipatan terbuka dan bunga mekar.

    Aktiviti Rocket Climbing : Peserta dikehendaki mewarna gambar roket yang diberikan dan gunting mengikut bentuk roket tersebut. Kemudian straw dilekatkan di bahagian belakang roket tersebut. Tali dimasukkan dan peserta dikehendaki menggerakkan roket tersebut ke atas dengan cara menggerakkan tali tersebut.

    Aktiviti Walking Horse : Peserta dikehendaki menggunting mengikut arahan yang diberikan. Selain itu, peserta juga boleh mewarnakan haiwan yang mereka inginkan di kertas tersebut. Kemudian kertas dilipat mengikut arahan. Hasil dari lipatan kertas dan potongan yang betul, kuda akan bergerak sendiri di permukaan condong seolah-olah berjalan. Aktiviti ini memerlukan tindak balas antara graviti dan kestabilan.

Klik Gambar

Tarikh : 10 Ogos 2023
Hari : Khamis
Lokasi : PEDi Felda Maokil 1
Peserta : 10 Orang

 

  • Tujuan

Memperkenalkan penggunaan peralatan ICT dan internet kepada kanak-kanak sekolah rendah untuk menjana minda kreatif dan mempelbagaikan kaedah pembelajaran di samping melahirkan generasi celik IT. Selain itu, mempromosikan PEDi kepada penduduk sekitar serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan di PEDi dari semasa ke semasa.

  • Aktiviti

  • Para peserta dikehendaki mewarna menggunakan aplikasi atas talian dan mengikut arahan berdasarkan gambar yang diberikan. Selain itu, para peserta juga diperkenalkan dengan peralatan ICT seperti komputer, tetikus, papan kekunci dan cara yang betul menggunakannya. Mereka juga berpeluang mengeluarkan dan menggunakan kreativiti masing-masing dalam menyiapkan tugasan yang deberikan.
  • Untuk kelas ICT pula peserta dikehendaki melengkapkan teka silangkata atas talian. Oleh itu, aktiviti-aktiviti dapat merangsang minda selain daripada dapat memahirkan kemahiran komputer para peserta sejak dari kecil. Mereka juga akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang deperoleh ketika kelas ini pada masa akan datang dan belajar menggunakan kemahiran yang diperoleh dengan cara yang beretika.

Klik Gambar

  • Tarikh : 28 Mac 2022
    Hari : Isnin
    Lokasi : Menerusi Video Call Whatsapp
    Peserta : 4 Orang
  • Tujuan  

                                                  • Tujuan taklimat ini disampaikan adalah bagi memberi bimbingan ilmu keusahawanan kepada usahawan PEDi.Disamping itu, petugas PEDi mempromosikan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi.
  • Aktiviti

            • Wakil dari SSM menghubungi peserta melalui aplikasi video call Whatsapp seterusnya memberi sedikit bimbingan mengenai keusahawanan.Seterusnya, petugas memberi pendedahan tentang perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi.
  • Klik Gambar

  • Tarikh : 09 Mac 2022
    Hari : Rabu
    Lokasi : Padang B Felda Maokil
    Peserta : 10 Orang
  • Tujuan  

                                                    • Tujuan taklimat ini disampaikan adalah bagi memberi pendedahan tentang Check Your Label. Disamping itu, petugas PEDi mempromosikan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi
  • Aktiviti

              • Pada mulanya, petugas memberi sedikit taklimat tentang program check your label. Seterusnya, petugas memberi pendedahan tentang perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi
  • Klik Gambar

  • Tarikh : 04 Februari 2022
    Hari : Jumaat
    Lokasi : Wisma JKKR Felda Maokil 1
    Peserta : 7 Orang
  • Tujuan  

                                                • Tujuan taklimat ini disampaikan adalah bagi memberi pendedahan tentang mobile e-waste.Disamping itu, petugas PEDi mempromosikan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi
  • Aktiviti

          • Pada mulanya, petugas memberi sedikit taklimat tentang program mobile e-waste. Seterusnya, petugas memberi pendedahan tentang perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi.
  • Klik Gambar