Nama : Raslina Binti Mohd Rashid

Umur : 34 Tahun

Ahli : 2017

Latar belakang

Pn. Raslina merupakan pengurus Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Felda Maokil dan mula serius menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara sambilan sejak tahun 2016. Usahawan pusat urutan refleksologi & menerima tempahan gubahan bunga coklat, frozen food & biskut-biskut.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hasil dari perniagaan sampingan ini hanya sekitar RM50 - RM100 sahaja sebulan. Jumlah produk yang terjual bulanan adalah sedikit hasil tempahan rakan-rakan dan saudara terdekat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Maokil 1, beliau kini telah mempromosikan sendiri produk beliau di facebook. Pelanggan beliau dari seluruh Felda Maokil dan mukim terdekat yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan sampingan bulanan beliau kini mencecah RM700 – RM1500 sebulan.