Nama : Noreimy Binti Ab Samad

Umur : 39 Tahun

Ahli : 2017

Latar belakang

Pn. Noreimy telah memulakan perniagaan sejak beliau remaja lagi dengan membantu ibunya menjual kuih-muih di kawasan Felda Maokil & Pekan Chaah. Beliau menumpukan perniagaan sendiri setelah berkahwin dan kerana meminati bidang bakeri dan masakan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200-RM500 sahaja sebulan. Jumlah produk yang terjual bulanan adalah sedikit hasil tempahan rakan-rakan terdekat dan pelanggan yang datang ke kedai makannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Maokil 1, beliau kini telah mempromosikan sendiri hasil produk beliau di facebook. Pelanggan beliau dari seluruh Felda Maokil dan mukim terdekat yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000 sebulan.