Nama : Juliana Binti Salehan

Umur : 30 Tahun

Ahli : 2013

Latar belakang

Puan Juliana merupakan anak peneroka Felda Maokil 1 dan sebelum ini memiliki kedai jahit – Juyyin Tailor di Felda Maokil.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan PI1M, beliau mengambil upah menjahit dengan memiliki kedai jahitan. Purata pendapatan bulanan beliau adalah di antara RM200-RM500.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Maokil 1, beliau kini telah mempromosikan  sendiri produk beliau di facebook. Pelanggan beliau dari seluruh Felda Maokil dan mukim terdekat yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM600 – RM1500 sebulan.