Nama : Nor Azreen Binti Zainal

Umur : 30 Tahun

Ahli : 2012

Latar belakang

Cik Nor Azreen merupakan seorang anak peneroka yang menjalankan perniagaan menjual kerepek pisang dan acar buah secara kecil- kecilan di Felda Maokil sejak beberapa tahun ini. Beliau juga membantu ayahnya mengambil tempahan untuk memasak / katering bagi kenduri kahwin di sekitar Felda Maokil dan kawasan-kawasan terdekat sehingga ke Batu Pahat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan PI, beliau menjual kerepek pisang secara runcit dan menghantar dikedai-kedai runcit dan kedai-kedai makan yang berada di Felda Maokil ini. Disamping itu beliau juga  mengambil tempahan dari adik-adik nya yang bekerja di luar seperti di Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Purata hasil pendapatan bulanan beliau adalah sekitar RM200- RM300.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Maokil 1, beliau kini telah mempromosikan  sendiri produk beliau di facebook. Pelanggan beliau dari seluruh Felda Maokil dan mukim terdekat yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM700 – RM1500 sebulan.