Nama : En Esa Bin Ahmad

Umur : 62 Tahun

Ahli : 2014

Latar belakang

En Esa merupakan seorang  peneroka yang menjalankan perniagaan homestay di Felda Maokil sejak tahun 2010. Homestay beliau bernama E&S Maokil Homestay.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan PI, homestay beliau hanya dikenali melalui hebahan dari adik beradik serta sahabat handainya secara promosi dari mulut ke mulut. Purata hasil pendapatan bulanan beliau adalah sekitar

RM100- RM200 sebulan mengikut musim .

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Maokil 1, beliau kini telah mempromosikan  sendiri homestay beliau di facebook page beliau “E&S Maokil Homestay”. Pelanggan beliau terdiri dari seluruh ahli keluarga serta sahabat handai, keluarga bakal-bakal pengantin warga Felda Maokil, Segamat dan satu malaysia yang mana mereka mengetahui tentang kewujudan homestay beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan sampingan bulanan beliau kini mencecah RM700 – RM2000 sebulan mengikut musim.