Nama : Nurul Raha Binti Roslan

Umur : 30 Tahun

Ahli : 2013

Latar belakang

Cik Nurul Raha merupakan seorang anak peneroka yang menjalankan perniagaan  menjual makanan secara membuka warung secara bersama dengan sahabat beliau di Felda Maokil sejak tahun 2013.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan PI, beliau hanya menjual makanan lauk-pauk tengahari secara konvensional di warung di hadapan rumah sahaja. Purata hasil pendapatan bulanan beliau adalah sekitar RM1500- RM2000 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas e-usahawan anjuran MDEC yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Maokil 1 dan MDEC, beliau kini telah mempromosikan  sendiri produk beliau di facebook beliau dan kumpulan whatsapp tempatan (Maokil Food Delivery Group Whataspp). Pelanggan beliau terdiri dari penduduk seluruh Felda Maokil. Beliau menjalankan khidmat penghantaran makanan bagi menambah baik jualan sedia ada dan melanjutkan perniagaan sehingga petang hari. Kini pendapatan bulanan beliau berdua mencapai sehingga RM3000 – RM5000 sebulan.