Nama : Norzilah Binti Md Esa

Umur : 32 Tahun

Ahli : 2018

Latar belakang

Pn Norzilah merupakan seorang anak peneroka yang menjalankan perniagaan  menjual makanan secara kecil-kecilan di rumah di Felda Maokil sejak tahun 2013.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan PI, beliau hanya menjual produk jualannya melalui tempahan di telefon dan di rumah sahaja. Purata hasil pendapatan bulanan beliau adalah sekitar RM500- RM800 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas e-usahawan anjuran MDEC yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Maokil 1 dan MDEC, beliau kini telah mempromosikan  sendiri produk beliau di facebook beliau dan kumpulan whatsapp tempatan (Maokil Food Delivery Group Whataspp). Pelanggan beliau terdiri dari penduduk seluruh Felda Maokil. Beliau menjalankan khidmat penghantaran makanan bagi menambah baik jualan sedia ada.Kini pendapatan bulanan beliau mencapai purata sehingga RM2000 – RM3000 sebulan.