Nama : Maria binti Tumari

Umur : 38 Tahun

Ahli : 2016

Latar belakang

Puan Maria merupakan seorang anak peneroka yang menjalankan perniagaan  menjual pelbagai jenis kuih, tart, pastry, kek dan donut berperisa di sekitar Felda Maokil dan Labis sejak tahun 2015.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan PI, beliau hanya menerima tempahan melalui mulut ke mulut dan telefon sahaja. Purata hasil pendapatan bulanan beliau adalah sekitar RM100- RM500 sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas e-usahawan anjuran MDEC yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Maokil 1 dan MDEC, beliau kini telah mempromosikan  sendiri produk beliau di facebook dan kumpulan whatsapp tempatan (Maokil Food Delivery Group Whataspp). Pelanggan beliau terdiri dari penduduk seluruh Felda Maokil, Labis, Chaah serta SegamatKini pendapatan bulanan beliau berdua mencapai sehingga RM1000 – RM2000 sebulan.