Nama : Noraneza binti Mohd Messeri

Umur : 29 Tahun

Ahli : 05/01/2017

Latar belakang

Puan Noraneza merupakan seorang anak peneroka yang menjalankan perniagaan secara sambilan dengan menjual pelbagai jenis kuih, kek, air goncang, choco jar dan jagung cawan di Kedai yang disewa di No 4 Kompleks Niaga Fasa 2 Felda Maokil sejak Ogos 2018. Bagi menambah baik perkhidmatan beliau juga menjalankan perkhidmatan penghantaran makanan kepada pelanggan yang menempah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan PI, beliau bekerja sebagai pemandu di sebuah kilang poultry.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Maokil 1 dan beliau kini telah mempromosikan  sendiri produk beliau di facebook dan kumpulan whatsapp tempatan (Maokil Food Delivery Group Whataspp). Pelanggan beliau terdiri dari penduduk seluruh Felda Maokil. Kini pendapatan bulanan sampingan beliau dari kedai air goncang tersebut mencapai anggaran purata sehingga RM700 sebulan.