Nama : Roslinda binti Roslan 
 Umur : 35 tahun 
 Ahli : 12/06/2018 

 

Latar belakang

Cik Roslinda merupakan seorang anak peneroka yang bekerja sebagai Petugas di PKPDK Felda Maokil. Beliau turut menjual pelbagai produk secara sambilan melalui atas talian dan di luar talian. Beliau yang merupakan ibu tunggal menerima tempahan secara sampingan untuk menambah pendapatan keluarga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan PI beliau hanya mengambil tempahan dari adik beradik serta sahabat handainya secara promosi dari mulut ke mulut dan bunting di rumah. Purata hasil pendapatan bulanan beliau adalah sekitar RM50- RM100 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Maokil 1, beliau kini telah mempromosikan  sendiri produk beliau di facebook. Pelanggan beliau dari seluruh Felda Maokil dan seluruh Malaysia (melalui pos) yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM300 – RM500 sebulan.