Nama : Nur Ashikin binti Norzan
 Umur : 28 tahun 
 Ahli : 15/12/2015 

 

Latar belakang

Puan Nur Ashikin merupakan seorang anak peneroka yang menjalankan perniagaan dengan menjual pelbagai jenis kuih-muih,sarapan, aiskrim, burger, jagung cawan secara menjaja dengan meja lipat dan kanopi peribadi di hadapan Wisma JKKR Felda Maokil 1 (sarapan) dan di tapak niaga Felda Maokil 3 sejak tahun 2018. Bagi menambah baik perkhidmatan beliau juga menjalankan perkhidmatan penghantaran makanan kepada pelanggan yang menempah.Beliau juga menjual pelbagai eksesori wanita seperti beg tangan, jam tangan dan macam-macam lagi secara dropship.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan PI, beliau merupakan seorang surirumah yang meniaga secara online dan dropship pelbagai jenis produk dan beg.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Maokil 1 dan beliau kini telah mempromosikan  sendiri produk beliau di facebook dan kumpulan whatsapp tempatan (Maokil Food Delivery Group Whataspp). Pelanggan beliau terdiri dari penduduk seluruh Felda Maokil. Kini pendapatan bulanan sampingan beliau dari perniagaan tersebut mencapai anggaran purata sehingga RM500-RM700 sebulan.