Nama : Norhayati binti Kamisan
 Umur : 32 tahun 
 Ahli : 19/01/2016 

 

Latar belakang

Puan Norhayati merupakan seorang menantu peneroka serta pembantu makmal di Sek Keb LKTP Maokil 1 yang menjalankan perniagaan  menjual kek dan roti serta tart secara sambilan sejak tahun 2015

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan PI, beliau hanya menerima tempahan melalui mulut ke mulut dan telefon sahaja. Purata hasil pendapatan bulanan beliau adalah sekitar RM100- RM500 sebulan

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas e-usahawan anjuran MDEC yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Maokil 1 dan MDEC, beliau kini telah mempromosikan  sendiri produk beliau di facebook dan melalui kumpulan whatsapp tempatan (Maokil Food Delivery Group Whatsapp). Pelanggan beliau terdiri dari penduduk seluruh Felda Maokil, jabatan-jabatan kerajaan sekitar Labis daerah Segamat serta Chaah, Muar dan Kluang, Johor. Beliau menjalankan khidmat penghantaran makanan bagi menambah baik jualan sedia ada. Kini pendapatan bulanan beliau mampu mencapai sehingga RM1000 – RM3000 sebulan mengikut musim.