Nama : Abdul Haez bin Abdul Rahim
 Umur : 36 tahun 
 Ahli : 13/01/2020

 

Latar belakang

En Abdul Haez merupakan menantu peneroka yang yang baru pindah ke Felda Maokil dan membuka kelas mengaji. Disamping itu beliau telah mengusahakan warung bapa mertuanya yang terletak di Felda Maokil 1. Warung yang diusahakan menyediakan menu sarapan pagi dan makan malam. Bagi penambahbaikkan perniagaannya, beliau menyediakan penghantaran makanan kepada pelanggan bagi memudahkan pelanggan yang menempah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan PI beliau hanya berniaga di warung dan hanya menunggu pelanggan datang. Anggaran pendapatan beliau sebelum ini sebanyak RM500-700 sebulan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Maokil 1, beliau kini telah mempromosikan jualan beliau di kumpulan whatsapp tempatan (Maokil Delivery Food).  Pendapatan bulanan beliau kini mencecah anggaran sebanyak RM 1500-3000 sebulan.