Nama : Yuszieana binti Yahaya
 Umur : 34 tahun 
 Ahli : 19/03/2019

 

Latar belakang

Puan Yuszieana merupakan anak peneroka Felda Maokil. Beliau telah mengusahakan perniagaan makanan dari rumahnya sahaja. Bagi penambahbaikkan perniagaannya, beliau menyediakan penghantaran makanan kepada pelanggan bagi memudahkan pelanggan yang menempah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan PI beliau hanya berniaga dan menerima dari rumah. Anggaran pendapatan beliau sebelum ini sebanyak RM200-700 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Maokil 1, beliau kini telah mempromosikan jualan beliau di kumpulan whatsapp tempatan (Maokil Delivery Food & Maokil Window Shopping) serta mempunyai kedai maya di platform Shopee.  Pendapatan bulanan beliau kini mencecah anggaran sebanyak RM 1500-3000 sebulan.