Tarikh | : 8 Jun 2018 |
Hari | : Jumaat |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Maokil 1 |
Peserta | : 10 orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan mengajar pelajar menggunakan paint untuk melukis dan mewarna. Selain itu pendedahan mengenai langkah-langkah keselamatan dalam penggunaan internet turut diberikan.
Aktiviti
Kelas ini berjalan selama dua jam. Pada satu jam pertama, taklimat tentanf advokasi diberikan. Seterusnya, kelas paint dijalankan pada jam seterusnya.
Tarikh | : 20 Jun 2018 |
Hari | : Rabu |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Maokil 1 |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan
- Kelas ini bertujuan mengajar belia menggunakan Microsoft Word, Microsoft Power Point dan Microsoft Excel.
Aktiviti
- Kelas ini memberi latihan penggunaan Microsoft Office sepanjang hari. Dua jam latihan menggunakan Microsoft Word, dua jam Microsoft Power Point dan empat jam Microsoft Excel diberikan.
- Klik Gambar
Tarikh | : 6 Mei 2018 |
Hari | : Ahad |
Lokasi | : Pusat Internet Pekan Lenga |
Peserta | : 200 orang |
Tujuan
Program ini bertujuan mempromosikan PI dan Program Dashboard kepada komuniti serta menjalankan kempen berterusan Klik Dengan Bijak (KDB) disamping membuka pendaftaran ahli Pusat Internet .
Aktiviti
Program dimulakan pada pukul 7.30 pgi dengan adanya program zumba, kemudian disusuli pertandingan mewarna tadika, taklimat dashboard, pertandingan memasak, check kesihatan bersama kospen, sukaneka & kuiz untuk pelajar tadika & para peserta. Majlis dirasmikan oleh mantan Yb Adun Bukit Serampang & diselang selikan dengan cabutan bertuah.
Tarikh | : 26-27 Mei 2018 |
Hari | : Sabtu - Ahad |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Maokil 1 |
Peserta | : 20 orang |
Tujuan
Program ini bertujuan mempromosikan PI dan Program Dashboard kepada komuniti serta menjalankan kempen berterusan Klik Dengan Bijak (KDB) disamping membuka pendaftaran ahli Pusat Internet .
Aktiviti
Program ini dijalankan selama dua hari. Para peserta diberi taklimat tentang kebaikan program e-rezeki, tayangan video & para peserta diajar cara mendaftar & mencari pekerjaan sampingan bersama e-rezeki.
Tarikh | : 18 April 2018 |
Hari | : Rabu |
Lokasi | : Dewan Semai Bakti Felda Maokil |
Peserta | : 400 orang |
Tujuan
Program ini bertujuan mempromosikan PI dan Program Dashboard kepada komuniti serta menjalankan kempen berterusan Klik Dengan Bijak (KDB) disamping membuka pendaftaran ahli Pusat Internet .
Aktiviti
Program ini bermula dari pagi pukul 9.00 pagi dengan ketibaan para peneroka dan ketibaan Yb Adun Bukit Serampang dengan menyerahkan anak pokok durian musang king kepada peneroka.