Tarikh : 27 Januari 2018
Hari : Sabtu
Lokasi : Perkarangan Masjid Jamek Parit Kadhi, Muar
Peserta : 200 orang

 

Tujuan

Tujuan program untuk menyampaikan kepada komuniti tentang bahayanya berita palsu yg banyak tersebar meluas melalui media sosial pada masa kini. Kempen ini memberi kesedaran kepada rakyat untuk menyemak dulu kesahihan sesuatu berita sebelum menyebarkan. Program ini bertujuan mempromosikan PI1M dan Program Dashboard kepada komuniti serta menjalankan kempen berterusan Klik Dengan Bijak (KDB) disamping membuka pendaftaran ahli Pusat Internet 1Malaysia. 

Aktiviti

Program ini bermula dari sebelah petang dengan menyediakan acara mewarna oleh pelajar sekolah tadika, turut dibuka pelbagai booth oleh pelbagai agensi termasuk dari pihak mcmc. Di setiap menyediakan jualan & pelbagai permainan interaktif untuk para hadirin termasuk menyampaikan tentang kempen keburukan menyebarkan berita palsu. Pihak Pusat Internet 1Malaysia turut membantu menjayakan program dengan menjaga booth MCMC & meja pendaftaran yg turut menyediakan nombor cabutan bertuah. Pada sebelah malam aktiviti diteruskan dengan forum perdana yg bertajuk 'BERITA PALSU MUSUH NEGARA' yg dirasmikan oleh Yb Dato' Razali ibrahim merupakan Ahli Parlimen Muar. Ceramah disampaikan oleh penceramah jemputan terkenal. Program berakhir pada pukul 11.30 malam.

Klik Gambar

Tarikh : 23 Januari 2018
Hari : Selasa
Lokasi : Bangunan JKKR Felda Maokil
Peserta : 30 orang

 

Tujuan

Program ini bertujuan mempromosikan PI1M dan Program Dashboard kepada komuniti serta menjalankan kempen berterusan Klik Dengan Bijak (KDB) disamping membuka pendaftaran ahli Pusat Internet 1Malaysia. Mesyuarat bertujuan membincangkan gerak kerja persatuan & penyelarasan program.

Aktiviti

Sesi mesyuarat dilakukan pada waktu petang untuk membincangkan aktiviti persatuan & turut menyatukan semua ahli jawatankuasa untuk membantu sama lain dalam melakukan aktiviti.

Klik Gambar

Tarikh : 10 Januari 2018
Hari : Rabu
Lokasi : Dewan Semai Bakti Felda Maokil
Peserta : 150 orang

 

Tujuan

Program ini bertujuan mempromosikan PI1M dan Program Dashboard kepada komuniti serta menjalankan kempen berterusan Klik Dengan Bijak (KDB) disamping membuka pendaftaran ahli Pusat Internet 1Malaysia. Program ini turut menekan kepentingan kesihatan terhadap golongan wanita khasnya.

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan tentang pentingnya kesihatan dalam kehidupan, ceramah kesihatan & penjagaan diri terutama golongan wanita yang disampaikan oleh LPPKN. Selain itu, mereka turut menjalankan aktiviti amali dalam menjaga kesihatan. Sesi penerangan dijalankan pada waktu pagi hingga tengahari. Sambutan dari para golongan wanita amatla meriah yg dihadiri oleh isteri-isteri peneroka dan generasi kedua Felda Maokil.

Klik Gambar

Tarikh : 11 - 13 Januari 2018
Hari : Khamis, Jumaat & Sabtu
Lokasi : Perkarangan Pusat Khidmat Komuniti Bukit Serampang
Peserta : 500 orang

  

Tujuan

Program ini bertujuan mempromosikan PI1M dan Program Dashboard kepada komuniti serta menjalankan kempen berterusan Klik Dengan Bijak (KDB) disamping membuka pendaftaran ahli Pusat Internet 1Malaysia. Program ini turut mempromosi & memfokuskan jualan produk asas tani untuk manfaat penduduk sekitar mukim Bukit Serampang. 

Aktiviti

Para pengunjung menerima bantuan dari Menteri Besar Johor & Adun Bukit Serampang yg merupakan exco pertanian dengan menyediakan buah-buahan kepada pengunjung secara percuma. Jabatan Pertanian juga turut membuat pameran & jualan anak benih pokok. Program ini dijalankan selama tiga hari iaitu hari pertama dihadiri oleh MB johor sendiri untuk merasmikan Bangunan Pusat Komuniti Bukit Serampang & pelancaran produk asas tani. Pada hari berikutnya karnival turut membuat bahan basah seperti ikan, udang dan sayur dengan harga berpatutan. Pihak PI1M turut membuka booth untuk masyarakat lebih mengenali & mempromosi apa yang kami tawarkan. Terdapat juga cabutan bertuah serta pameran motosikal berkuasa tinggi dan pelbagai aktiviti lagi. Karnival ini mungkin akan diadakan pada tahun hadapan untuk dijadikan program tahunan.

Klik Gambar

PROGRAM NGAPE ANAK LENGA

Tarikh : 17 Disember 2017
Hari : Ahad
Lokasi : Dewan Komuniti bt 27 Lenga
Peserta : 100 Orang

 

Tujuan 

Program ini bertujuan mempromosikan PI1M dan Program Dashboard kepada komuniti serta menjalankan kempen berterusan Klik Dengan Bijak (KDB) disamping membuka pendaftaran ahli Pusat Internet 1Malaysia.

Aktiviti

Program ini berlangsung selama sehari dengan menydiakan pelbagai usahawan mewakili setiap kampung yang terdapat dalam mukim lenga. Turut diadakan solat zohor berjemaah & bacaan tahlil bersama YB DUN Bukit Serampang.

Klik Gambar

 

KURSUS ASAS FOTOGRAFI USAHAWAN PI1M PEKAN LENGA & FELDA MAOKIL 1

Tarikh : 21 Disember 2017
Hari : Khamis
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Pekan Lenga
Peserta : 20 Orang

 

Tujuan  

Program ini bertujuan mempromosikan PI1M dan Program Dashboard kepada komuniti serta menjalankan kempen berterusan Klik Dengan Bijak (KDB) disamping membuka pendaftaran ahli Pusat Internet 1Malaysia.

Aktiviti

Para peserta diberi taklimat tentang aplikasi Dashboard Komuniti & cara mempromosi produk usahawan melalui aplikasi ini. Selain itu, mereka turut diajar cara mengambil gambar produk yang betul untuk menampakkan produk yang lebih menyerlah.

Klik Gambar

 

PROGRAM KESATUAN UMMAH KESEJAHTERAAN NEGARA

Tarikh : 21 DISEMBER 2017
Hari : Khamis
Lokasi : Masjid Nurul Yakeen Felda Maokil
Peserta : 200 Orang

 

Tujuan  

Program ini bertujuan mempromosikan PI1M dan Program Dashboard kepada komuniti serta menjalankan kempen berterusan Klik Dengan Bijak (KDB) disamping membuka pendaftaran ahli Pusat Internet 1Malaysia.

Aktiviti

Program bermula pada waktu petang dengan pelbagai pertandingan dakwah melalui tulisan khat tercantik, pertandingan azan, & pelbagai lagi melalui pembahagian kategori lelaki dan perempuan. Pada sebelah malam pula ketibaan YB Adun Bukit Serampang bagi bersama komuniti mendengar forum perdana ehwal islam.

Klik Gambar