Nama : Nuridayu Binti Muhamad

Umur : 23 Tahun

Ahli : 2011

Latar belakang

Cik Nuridayu merupakan bekas pelajar Sek Men Felda Maokil dan antara pelajar cemerlang di sekolah tersebut. Penguasaaan Microsoft Office Words,Excel & Powerpoint,Pengenalan Asas Komputer – Hardware & Software, Asas Pembangunan Blog & Internet, Media sosial

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya menggunakan komputer untuk menaip folio dan tugasan sekolah serta mencari informasi mengenai tugasan yang diberikan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas 1MTRIS, latihan asas komputer dan internet serta kelas-kelas bulanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Maokil 1, beliau telah berjaya menguasai kemahiran komputer dan internet dengan lebih baik.

Nama : Noreimy Binti Ab Samad

Umur : 39 Tahun

Ahli : 2017

Latar belakang

Pn. Noreimy telah memulakan perniagaan sejak beliau remaja lagi dengan membantu ibunya menjual kuih-muih di kawasan Felda Maokil & Pekan Chaah. Beliau menumpukan perniagaan sendiri setelah berkahwin dan kerana meminati bidang bakeri dan masakan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200-RM500 sahaja sebulan. Jumlah produk yang terjual bulanan adalah sedikit hasil tempahan rakan-rakan terdekat dan pelanggan yang datang ke kedai makannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Maokil 1, beliau kini telah mempromosikan sendiri hasil produk beliau di facebook. Pelanggan beliau dari seluruh Felda Maokil dan mukim terdekat yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000 sebulan.

Nama : Raslina Binti Mohd Rashid

Umur : 34 Tahun

Ahli : 2017

Latar belakang

Pn. Raslina merupakan pengurus Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Felda Maokil dan mula serius menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara sambilan sejak tahun 2016. Usahawan pusat urutan refleksologi & menerima tempahan gubahan bunga coklat, frozen food & biskut-biskut.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hasil dari perniagaan sampingan ini hanya sekitar RM50 - RM100 sahaja sebulan. Jumlah produk yang terjual bulanan adalah sedikit hasil tempahan rakan-rakan dan saudara terdekat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Maokil 1, beliau kini telah mempromosikan sendiri produk beliau di facebook. Pelanggan beliau dari seluruh Felda Maokil dan mukim terdekat yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan sampingan bulanan beliau kini mencecah RM700 – RM1500 sebulan.