Nama : Nur Ashikin binti Norzan
 Umur : 28 tahun 
 Ahli : 15/12/2015 

 

Latar belakang

Puan Nur Ashikin merupakan seorang anak peneroka yang menjalankan perniagaan dengan menjual pelbagai jenis kuih-muih,sarapan, aiskrim, burger, jagung cawan secara menjaja dengan meja lipat dan kanopi peribadi di hadapan Wisma JKKR Felda Maokil 1 (sarapan) dan di tapak niaga Felda Maokil 3 sejak tahun 2018. Bagi menambah baik perkhidmatan beliau juga menjalankan perkhidmatan penghantaran makanan kepada pelanggan yang menempah.Beliau juga menjual pelbagai eksesori wanita seperti beg tangan, jam tangan dan macam-macam lagi secara dropship.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan PI, beliau merupakan seorang surirumah yang meniaga secara online dan dropship pelbagai jenis produk dan beg.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Maokil 1 dan beliau kini telah mempromosikan  sendiri produk beliau di facebook dan kumpulan whatsapp tempatan (Maokil Food Delivery Group Whataspp). Pelanggan beliau terdiri dari penduduk seluruh Felda Maokil. Kini pendapatan bulanan sampingan beliau dari perniagaan tersebut mencapai anggaran purata sehingga RM500-RM700 sebulan.

Nama : Mohd Saiful bin Jamaludin
 Umur : 35 tahun 
 Ahli : 13/04/2010 

 

Latar belakang

Saudara Mohd Saiful merupakan seorang pelajar OKU dari Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak tahu langsung menggunakan komputer seumur hidupnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas asas komputer kelas-kelas bulanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Maokil 1, beliau telah berjaya menguasai kemahiran komputer dan boleh menaip serta menggunakan aplikasi-aplikasi di dalam Excel. Beliau juga berjaya membuat FB peribadinya sendiri.

 Nama : Roslinda binti Roslan 
 Umur : 35 tahun 
 Ahli : 12/06/2018 

 

Latar belakang

Cik Roslinda merupakan seorang anak peneroka yang bekerja sebagai Petugas di PKPDK Felda Maokil. Beliau turut menjual pelbagai produk secara sambilan melalui atas talian dan di luar talian. Beliau yang merupakan ibu tunggal menerima tempahan secara sampingan untuk menambah pendapatan keluarga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan PI beliau hanya mengambil tempahan dari adik beradik serta sahabat handainya secara promosi dari mulut ke mulut dan bunting di rumah. Purata hasil pendapatan bulanan beliau adalah sekitar RM50- RM100 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Maokil 1, beliau kini telah mempromosikan  sendiri produk beliau di facebook. Pelanggan beliau dari seluruh Felda Maokil dan seluruh Malaysia (melalui pos) yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM300 – RM500 sebulan.

Nama : Eddie Noor bin Johar
 Umur : 38 tahun 
 Ahli : 28/11/2013 

 

Latar belakang

En Eddie Noor merupakan anak peneroka yang bekerja sendiri sebagai pembuat kabinet dan pelbagai rak mengikut citarasa dan tempahan pelanggan tempatan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan PI beliau hanya bekerja makan gaji dengan berbagai syarikat swasta dengan gaji kurang dari RM2000.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Maokil 1, beliau kini telah Berjaya membuat Facebook page serta mempromosikan  sendiri produk beliau di facebook. Pelanggan beliau dari seluruh Malaysia.  Pendapatan bulanan beliau kini mencecah anggaran sebanyak RM5000 – RM7000 sebulan.

Nama : Juliyana binti Yahya

Umur : 39 Tahun

Ahli : 04/06/2010

Latar belakang

Saudari Juliyana merupakan seorang pelajar OKU dari Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak tahu langsung menggunakan komputer seumur hidupnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas asas komputer kelas-kelas bulanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Maokil 1, beliau telah berjaya menguasai kemahiran komputer dan boleh menaip serta menggunakan aplikasi-aplikasi di dalam Excel