Nama : Muhammad Amirul bin Mohd Aizat
 Umur : 8 tahun 
 Ahli : 19/03/2019 

 

Latar belakang

Saudara Muhammad Amirul merupakan seorang murid Sekolah Kebangsaan (LKTP) Felda Maokil 1

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau seorang murid yang hanya tahu melihat youtube dengan bantuan orang dewasa.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas yang dihadiri serta dibimbing oleh Pusat Internet Komuniti Felda Maokil 1, beliau telah berjaya menguasai kemahiran penggunaan komputer serta boleh membuka komputer sendiri tanpa bantuan orang dewasa, membuat carian di youtube dan website e pembelajaran yang lain.

Nama : Yuszieana binti Yahaya
 Umur : 34 tahun 
 Ahli : 19/03/2019

 

Latar belakang

Puan Yuszieana merupakan anak peneroka Felda Maokil. Beliau telah mengusahakan perniagaan makanan dari rumahnya sahaja. Bagi penambahbaikkan perniagaannya, beliau menyediakan penghantaran makanan kepada pelanggan bagi memudahkan pelanggan yang menempah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan PI beliau hanya berniaga dan menerima dari rumah. Anggaran pendapatan beliau sebelum ini sebanyak RM200-700 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Maokil 1, beliau kini telah mempromosikan jualan beliau di kumpulan whatsapp tempatan (Maokil Delivery Food & Maokil Window Shopping) serta mempunyai kedai maya di platform Shopee.  Pendapatan bulanan beliau kini mencecah anggaran sebanyak RM 1500-3000 sebulan.

Nama : Norhayati binti Kamisan
 Umur : 32 tahun 
 Ahli : 19/01/2016 

 

Latar belakang

Puan Norhayati merupakan seorang menantu peneroka serta pembantu makmal di Sek Keb LKTP Maokil 1 yang menjalankan perniagaan  menjual kek dan roti serta tart secara sambilan sejak tahun 2015

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan PI, beliau hanya menerima tempahan melalui mulut ke mulut dan telefon sahaja. Purata hasil pendapatan bulanan beliau adalah sekitar RM100- RM500 sebulan

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas e-usahawan anjuran MDEC yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Maokil 1 dan MDEC, beliau kini telah mempromosikan  sendiri produk beliau di facebook dan melalui kumpulan whatsapp tempatan (Maokil Food Delivery Group Whatsapp). Pelanggan beliau terdiri dari penduduk seluruh Felda Maokil, jabatan-jabatan kerajaan sekitar Labis daerah Segamat serta Chaah, Muar dan Kluang, Johor. Beliau menjalankan khidmat penghantaran makanan bagi menambah baik jualan sedia ada. Kini pendapatan bulanan beliau mampu mencapai sehingga RM1000 – RM3000 sebulan mengikut musim.

Nama : Abdul Haez bin Abdul Rahim
 Umur : 36 tahun 
 Ahli : 13/01/2020

 

Latar belakang

En Abdul Haez merupakan menantu peneroka yang yang baru pindah ke Felda Maokil dan membuka kelas mengaji. Disamping itu beliau telah mengusahakan warung bapa mertuanya yang terletak di Felda Maokil 1. Warung yang diusahakan menyediakan menu sarapan pagi dan makan malam. Bagi penambahbaikkan perniagaannya, beliau menyediakan penghantaran makanan kepada pelanggan bagi memudahkan pelanggan yang menempah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan PI beliau hanya berniaga di warung dan hanya menunggu pelanggan datang. Anggaran pendapatan beliau sebelum ini sebanyak RM500-700 sebulan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Maokil 1, beliau kini telah mempromosikan jualan beliau di kumpulan whatsapp tempatan (Maokil Delivery Food).  Pendapatan bulanan beliau kini mencecah anggaran sebanyak RM 1500-3000 sebulan.

Nama : Muhammad Jauhari bin Turiman
 Umur : 25 tahun 
 Ahli : 29/12/2011 

 

Latar belakang

Saudara Muhammad Jauhari merupakan seorang pelajar OKU dari Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) sejak tahun 2018. Beliau mengalami cacat kekal berikutan kemalangan pada tahun 2016.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau seorang pelajar normal yang rajin belajar sesuatu yang baru.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui bengkel serta kelas yang dihadiri serta dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Maokil 1, beliau telah berjaya menguasai kemahiran komputer seperti Microsoft Office, blog serta internet.