Nama : Zainee bin Muhammad

Umur : 39 Tahun

Ahli : 2010

Latar belakang

Saudara Zainee merupakan seorang pelajar OKU dari Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak tahu langsung menggunakan komputer seumur hidupnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas asas komputer kelas-kelas bulanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Maokil 1, beliau telah berjaya menguasai kemahiran komputer dan boleh menaip serta menggunakan aplikasi-aplikasi di dalam Excel.

Nama : En Esa Bin Ahmad

Umur : 62 Tahun

Ahli : 2014

Latar belakang

En Esa merupakan seorang  peneroka yang menjalankan perniagaan homestay di Felda Maokil sejak tahun 2010. Homestay beliau bernama E&S Maokil Homestay.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan PI, homestay beliau hanya dikenali melalui hebahan dari adik beradik serta sahabat handainya secara promosi dari mulut ke mulut. Purata hasil pendapatan bulanan beliau adalah sekitar

RM100- RM200 sebulan mengikut musim .

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Maokil 1, beliau kini telah mempromosikan  sendiri homestay beliau di facebook page beliau “E&S Maokil Homestay”. Pelanggan beliau terdiri dari seluruh ahli keluarga serta sahabat handai, keluarga bakal-bakal pengantin warga Felda Maokil, Segamat dan satu malaysia yang mana mereka mengetahui tentang kewujudan homestay beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan sampingan bulanan beliau kini mencecah RM700 – RM2000 sebulan mengikut musim.

Nama : Wahiuzaman Bin Ismail

Umur : 33 Tahun

Ahli : 2010

Latar belakang

Saudara Wahiuzaman merupakan seorang pelajar OKU dari Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak tahu langsung menggunakan komputer seumur hidupnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas asas komputer kelas-kelas bulanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Maokil 1, beliau telah berjaya menguasai kemahiran komputer dan boleh menaip serta menggunakan aplikasi-aplikasi di dalam Excel.

 

Nama : Nor Azreen Binti Zainal

Umur : 30 Tahun

Ahli : 2012

Latar belakang

Cik Nor Azreen merupakan seorang anak peneroka yang menjalankan perniagaan menjual kerepek pisang dan acar buah secara kecil- kecilan di Felda Maokil sejak beberapa tahun ini. Beliau juga membantu ayahnya mengambil tempahan untuk memasak / katering bagi kenduri kahwin di sekitar Felda Maokil dan kawasan-kawasan terdekat sehingga ke Batu Pahat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan PI, beliau menjual kerepek pisang secara runcit dan menghantar dikedai-kedai runcit dan kedai-kedai makan yang berada di Felda Maokil ini. Disamping itu beliau juga  mengambil tempahan dari adik-adik nya yang bekerja di luar seperti di Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Purata hasil pendapatan bulanan beliau adalah sekitar RM200- RM300.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Maokil 1, beliau kini telah mempromosikan  sendiri produk beliau di facebook. Pelanggan beliau dari seluruh Felda Maokil dan mukim terdekat yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM700 – RM1500 sebulan.

Nama : Juliana Binti Salehan

Umur : 30 Tahun

Ahli : 2013

Latar belakang

Puan Juliana merupakan anak peneroka Felda Maokil 1 dan sebelum ini memiliki kedai jahit – Juyyin Tailor di Felda Maokil.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan PI1M, beliau mengambil upah menjahit dengan memiliki kedai jahitan. Purata pendapatan bulanan beliau adalah di antara RM200-RM500.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Maokil 1, beliau kini telah mempromosikan  sendiri produk beliau di facebook. Pelanggan beliau dari seluruh Felda Maokil dan mukim terdekat yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM600 – RM1500 sebulan.